Permohonan Kelas Tuisyen Percuma telah dibuka
KELAS TUISYEN PERCUMA
SESSI JANUARI HINGGA OKTOBER 2020
KEPADA 7 ORANG PELAJAR
DI KALANGAN ANAK QARYAH KAMPUNG GENTING
TERPILIH.
Di bawah PROGRAM TUISYEN BAKTI CEMERLANG, Qaryah Kampung
Genting, saya mempelawa 7 orang pelajar di kalangan anak Qaryah Kampung Genting
untuk mengikuti kelas Tuisyen Matematik, Sains & Matematik Tambahan secara
percuma yang akan dijalankan di Balai Raya Kampung Genting sepanjang Januari
sehingga Oktober 2020. (KELAS BERMULA 6 JANUARI 2020)
SUBJEK:
MATEMATIK (5 kekosongan) – Tahun 5|6 dan
Tingkatan 1|2|3|4|5
SAINS (2 kekosongan) – Tahun 5|6 sahaja
YURAN PENDAFTARAN & YURAN
JANUARI-OKTOBER 2020: PERCUMA
NOTA & LATIHAN: PERCUMA
ALATULIS, BUKU TULIS, SET GEOMETRI,
KALKULATOR & LAIN-LAIN BERKAITAN
DISEDIAKAN OLEH PELAJAR SENDIRI
Inisiatif ini bertujuan meringankan ibu bapa kerana mungkin
ada di antara mereka yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak ke tuisyen
berbayar.
Pemilihan Pelajar
adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut:
PELAJAR:
1. Terbuka kepada
pelajar Tahun 5 hingga Tingkatan 5
(tertakluk kepada kekosongan di atas. (1 pelajar hanya layak memohon 1 subjek)
2. Berpotensi dalam
Akademik & berminat mengikut kelas Matematik/ Sains /Matematik Tambahan
3. Bersedia memberi
komitmen terhadap pembelajaran
IBU BAPA:
1. Berdaftar sebagai anak
Qaryah Kampung Genting
2. Pendapatan seisi
keluarga RM3,000 ke bawah (sertakan Penyata Gaji)
3. Bersedia memberi
komitmen terhadap pembelajaran anak-anak dan menghantar anak ke balai raya pada
setiap sessi pembelajaran
TARIKH TUTUP: 28/12/2019
Peringatan: Pelajar yang tidak hadir 3 kali
berturut-turut tanpa sebab akan digugurkan daripada program ini.
Bagi ibu bapa yang berminat,
sila hubungi saya untuk mendapatkan Borang Permohonan (Muat Turun: XLS | PDF)
MASLINA
MAT NAYAN 012-499 7507